Rabu, 25 Julai 2012

Logo SMK Tuanku Abdul Rahman

Logo SMKTAR
Makna lambang :
  • Obor - Ilmu
  • Harimau - Berani
  • Padi - Perpaduan
  • Merah - Kemajuan
  • Kuning - Kesetiaan
  • Biru - Keharmonian & Kesejahteraan

~Lagu Sekolah~


Kami murid STAR berikrar
Berusaha tekun belajar
Ilmu dan sukan menjadi amalan
Itulah jadi panduan .

Segala bangsa berganding bahu
Maju dan bersatu padu
Marilah bergotong royong selalu
Semangat luhur dan jitu.

Hari demi hari berganti
Tahun demi tahun menjelang
Kemajuan tercapai pasti
Itulah masa terluang.

Cita-cita kami tinggi menjulang
Semangat nyala berapi
Dari itu masa jangan dibuang
Kitakan berjaya nanti.

Visi & Misi SMKTAR


Visi

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.



Misi       


Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

Kegiatan SMKTAR 2012

Marhaban ya Ramadan 


 Program ini diadakan pada sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan 2012 iaitu 20 Julai yang lalu. Program ini diadakan sempena mengalukan ketibaan bulan Ramadan. Pelajar muslim diberi sedikit ceramah tentang Ramadan.

Perjumpaaan 3 Penjuru Pertengahan Tahun 2012


 Perjumpaan yang melibatkan seorang guru, seorang pelajar dan seorang penjaga pelajar. Guru menyerahkan slip peperiksaan ujian pertengahan tahun 2012 kepada penjaga pelajar.

Hari Koperasi SMKTAR 2012


 Diadakan pada hari Rabu bulan Jun yang lepas. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari itu. Misalnya, pertandingan catur, sepak raga dan aktiviti paling utama pada hari itu ialah aktiviti jual beli.

Sukan Tahunan SMKTAR 2012


 Sukan tahunan ini dilangsungkan pada petang Rabu, Jun yang lalu. Melibatkan semua rumah sukan iaitu Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara serta beberapa badan beruniform antaranya Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM).

Sambutan Hari Guru 2012


 Warna tema pada Hari Guru di SMKTAR pada tahun 2012 ialah merah, hitam dan putih. Banyak aktiviti yang diadakan pada hari tersebut seperti sukaneka bagi para guru. Pelbagai anugerah bagi guru-guru juga diserahkan pada hari itu. Persembahan daripada pelajar juga turut memeriahkan lagi Hari Guru di SMK Tuanku Abdul Rahman.

Ahad, 22 Julai 2012

Sejarah sekolah

 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman ditubuhkan pada tahun 1947 di kawasan Tanah Melayu. Dulu, nama sekolah ini 'English Primary School' bukan SMK Tuanku Abdul Rahman. Bilangan pelajar pula, seramai 20 orang sahaja,dan berbilang kaum. Kiranya serupa macam sekaranglah, macam-macam kaum ada tapi dulu tak ramai macam sekarang. Sekolah ini Jepun yang tubuhkan, beratap nipah sahaja waktu itu. Mempunyai 7 buah kelas, 2 orang guru serta seorang pengetua iaitu V.M.Francis.
   Jumlah pelajar makin bertambah kepada 40 orang, guru pula 3 orang. Aktiviti kokurikulum cuma dalam bidang sukan. 
   Tahun 1952, makin banyak perkembangan. Sekolah ini berpindah ke Jalan Tok Sulong dengan 12 bilik darjah dan sebuah makmal yang tidak lengkap. Kelas ketika itu ialah darjah 7 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang pada tahun 1953.
   1960, barulah wujud Sekolah Menengah Kebangaan Tuanku Abdul Rahman. Sekolah ni terdiri daripada 3 buah bangunan 2 tingkat yang ada 25 bilik darjah, makmal dan pejabat. Pengetuanya ialah V.Krishna.

Bilangan Pelajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK Tuanku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Sulong.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman memiliki 452 pelajar lelaki dan 528 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 980 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009